Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Friday, September 27, 2019

Resepi Puding Bandung Aiskrim Soda...


Puding Bandung Aiskrim Soda.

Bahan2 Bandung.

10 gram serbuk agar2
3 cawan air
1 cawan gula.
1 tin susu cair
Sedikit perisa ros
Pewarna merah or syrup ros.

Cara Buat.

Masak air, gula, serbuk agar2 dalam satu bekas.
Masukkan perisa ros.
Masukkan pewarna merah.
Dah mendidih.
Sejukkan bawah kipas selama 7 minit.
Masukkan susu cair.
Kacau sebati.
Masukkan dlm loyang.
Dah sejuk, potong dadu.
Masukkan dalam acuan.

Bahan2 Aiskrim Soda.

3 cawan air aiskrim soda.
( Seeloknya beli yg ada brand utk kualiti rasa )
10 gram serbuk agar2.
2 cawan air.

Cara buat.

Masak air, serbuk agar2 dan air aiskrim soda.
Tunggu mendidih.
Sejukkan 3 minit bawah kipas.
Tuang ke dalam acuan yg ada potongan dadu td.
Sejukkan dulu dlm suhu bilik.
Masukkan dalam peti ais.
Lepas 4 jam, boleh hidang dan makan.

Terima.kasih.

Selamat mencuba.

Ikhlas Azizan Mamad.

1 comment:

Hans Hanis said...

perghhh
nampak cantik dan menarik
hantar sini sebekas
hehehe

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin