Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Saturday, May 18, 2019

Resepi Puding Kelapa Muda...


Resepi Puding Kelapa.

4 cawan air kelapa muda.(ambil isi nya).
3 cawan Susu Full Cream.
2 cawan santan.(letak garam skit).
1 1/2 cawan gula.
18gram serbuk agar2.

Cara buat.

Blend isi kelapa dan air kelapa.
Lepas tu masak air kelapa, gula dan serbuk agar2.
Dah mendidih, masukkan susu, santan + garam.
Kacau sebati.
Tutup api sebelum mendidih.
Takut susu n santan pecah lemak.
Masukkan acuan.
Sejukkan dahulu sebelum masuk peti ais.
Setelah itu elok dimakan ketika sejuk.

Resepi ikhlas daripada Azizan Bin Mamad

Teringin makan Kek Gula Hangus sedap?
Klik...


Sunday, May 12, 2019

Resepi Caramel Jagung...



Resepi Caramel Jagung.

Caramelnya.

Bahan dan cara buat.

1 cawan gula dicairkan sehingga perang.
Selepas tu masukkan setengah cawan air.
Tunggu gula perang tu larut.
Tuang dalam bekas/loyang/acuan.
Ketepikan.

Bahan kukus.

1 tin jagung cap ayam.
1 tin susu cair.
5 biji telur.
2 sudu gula.
3 susu tepung kastard.
1 sudu besar esen vanilla.

Cara buat.

Blender semua bahan diatas. 
Biar sebati tetapi jagung jgn sampai hancur.
Tuangkan dalam bekas/loyang/acuan yg ada gula cair td.

Panaskan kukus.

Dan kukus adunan td selama 30minit.

Cucuk dgn lidi or tester.
Kalau tak melekat.
Dah masak lah tu.

Sejukkan dlm suhu bilik sehingga sejuk.

Selepas tu baru masuk peti ais.

Sedap dimakan ketika sejuk.

Sekian.

Ikhlas daripada Azizan Mamad.

Jika nak tempah.
Boleh buat tempahan di...

http://gulahangus.blogspot.com

Tq.

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin