Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Showing posts with label RESEPI PUDING. Show all posts
Showing posts with label RESEPI PUDING. Show all posts

Tuesday, April 28, 2020

Resepi Puding Jagung Cincau...


Tadaaa....ini lah Puding Jagung Cincau yg aku plan pagi td. Alhamdulillah....berjaya...
Bahan mudah dan campak2 aje...cuma kena cari serbuk agar2 yg susah sket...

Aku sekali beli 200 ke 500 gram....kat pasaran ada jual siap pack 10gram...sonang.

So....Ini resepinya...

Bahan2

10 gram agar2.
4 cawan air panas( 800ml ).
200gram Cincau.
1 tin susu krimer manis Jagung ( Brand Saji ).

Cara Membuat

Masukkan susu dan air panas dlm satu bekas.

Tujuan guna air panas sebab nak cepat larutkan susu.

Jangan guna air mendidih.

Masukkan dlm periuk adunan td bersama serbuk agar2.

Masak adunan tersebut.

Kacau hingga mendidih.

Potong dadu cincau. Besar2 sket, jgn kecik sgt.

Adunan puding dah masak, masukkan dlm acuan pilihan.

Lepas tu masukkan cincau.

Ratakan cincau.

Sejukkan dlm suhu bilik.

Lepas tu masuk peti ais paling kurang 4 jam.

Sekian

Thursday, April 16, 2020

Resepi Puding Oreo...


Puding Oreo
Bahan2.
1 liter susu full cream milk ( 1 kotak )
15 gram serbuk agar2
170 gram fresh cream
100 gram gula
Secubit garam
80 gram serbuk oreo

Cara membuat:-

- Masak susu dgn api yg perlahan. Dah panas masukkan gula dan serbuk agar2. Kacau sebati.
- Masukkan secubit garam.
- Dah mendidih - ketepikan.


- Mixer fresh cream dgn kelajuan tinggi. Sampai kembang. Sehingga kalau terbalik kan bekas/mangkuk bekas adunan tu, cream tu tak tumpah.
- Masukkan bancuhan agar2 td
- Kacau sebati. Slow mixer.
- Letak serbuk oreo.
- Kacau sebati lg. Slow mixer.
- Setelah sebati.
- Masukkan adunan n sejukkan dibawah kipas.
- Dah suam, masukkan dlm peti ais.







Monday, April 6, 2020

Resepi Puding Ros Soda Bandung....


Puding Ros Soda Bandung. Ada kawan masukkan video buat air soda bandung dlm wassap grup. Den tukarkan ke puding. Dari segi bau nya...sodap....

Den bg sekali resepi nya. Sebab puding yg lepas ada 4 5 org pm nak resepi...

Bahan2
10 gram serbuk agar2
3 cawan air aiskrim soda
1 tin susu cair
1/4 cawan sirap ros
3 sudu besar gula ( pilihan )

Cara buat
- Masak serbuk agar2, gula dan 3 cawan aiskrim soda.
- Masukkan sirap ros.
- Tunggu mendidih.
- Hati2, jika air ada gas ia cepat nak melimpah sebelum mendidih.
- Sentiasa kacau.
- Dah mendidih, tutup api.
- Masukkan susu cair.
- Kacau sebati.
- Tuangkan dlm acuan pilihan.
- Sejukkan di suhu bilik.
- Masuk peti ais paling kurang 4 jam.

Terima kasih.
Selamat mencuba.

Friday, September 27, 2019

Resepi Puding Bandung Aiskrim Soda...


Puding Bandung Aiskrim Soda.

Bahan2 Bandung.

10 gram serbuk agar2
3 cawan air
1 cawan gula.
1 tin susu cair
Sedikit perisa ros
Pewarna merah or syrup ros.

Cara Buat.

Masak air, gula, serbuk agar2 dalam satu bekas.
Masukkan perisa ros.
Masukkan pewarna merah.
Dah mendidih.
Sejukkan bawah kipas selama 7 minit.
Masukkan susu cair.
Kacau sebati.
Masukkan dlm loyang.
Dah sejuk, potong dadu.
Masukkan dalam acuan.

Bahan2 Aiskrim Soda.

3 cawan air aiskrim soda.
( Seeloknya beli yg ada brand utk kualiti rasa )
10 gram serbuk agar2.
2 cawan air.

Cara buat.

Masak air, serbuk agar2 dan air aiskrim soda.
Tunggu mendidih.
Sejukkan 3 minit bawah kipas.
Tuang ke dalam acuan yg ada potongan dadu td.
Sejukkan dulu dlm suhu bilik.
Masukkan dalam peti ais.
Lepas 4 jam, boleh hidang dan makan.

Terima.kasih.

Selamat mencuba.

Ikhlas Azizan Mamad.

Friday, July 12, 2019

Resepi Puding Bandung Coklat...


Puding Bandung Coklat

Bahan - A
1 tin Susu Bandung Saji.
6 cawan air panas.
Kacau bahan2 diatas dlm satu bekas or jug.

Bahan - B
6gram serbuk agar2.

Bahan - C
6 gram serbuk agar2.
3 cawan air panas.
3 sudu besar milo/tamar coco.

Bahan - D
8gram serbuk agar2.

Cara Buat - Lapisan 1.
- Dari bahan A, ambil 3 cawan air bandung.
- Masukkan dlm bekas/periuk.
- Campurkan serbuka agar2 dari Bahan B.
- Masak sampai mendidih.
- Masukkan dlm adunan.
- Tunggu beku.
- Dah beku, garu2 lapisan atas dgn garpu.

Cara Buat - Lapisan 2.
- Dari Bahan C.
- Campur Milo/Coklat dgn air panas.
- Kacau sebati.
- Masukkan dlm periuk.
- Masukkan serbuk agar2.
- Masak hingga mendidih.
- Tuangkan dlm adunan lapisan 1.
- Tunggu beku lapisan 2
- Dah beku, garu2 lapisan atas dgn garpu.

Cara Buat - Lapisan 3.
- Dari Bahan A. 
- Ambil 4 cawan air.
- Campurkan serbuk agar2 dari Bahan D.
- Kacau sebati.
- Masak hingga mendidih.
- Tuang dlm adunan lapisan 2.
- Sejukkan dlm suhu bilik.
- Masukkan dlm peti ais.

Sedap di makan ketika sejuk.


Sample Susu Bandung Brand Saji

Saturday, May 18, 2019

Resepi Puding Kelapa Muda...


Resepi Puding Kelapa.

4 cawan air kelapa muda.(ambil isi nya).
3 cawan Susu Full Cream.
2 cawan santan.(letak garam skit).
1 1/2 cawan gula.
18gram serbuk agar2.

Cara buat.

Blend isi kelapa dan air kelapa.
Lepas tu masak air kelapa, gula dan serbuk agar2.
Dah mendidih, masukkan susu, santan + garam.
Kacau sebati.
Tutup api sebelum mendidih.
Takut susu n santan pecah lemak.
Masukkan acuan.
Sejukkan dahulu sebelum masuk peti ais.
Setelah itu elok dimakan ketika sejuk.

Resepi ikhlas daripada Azizan Bin Mamad

Teringin makan Kek Gula Hangus sedap?
Klik...


Sunday, May 12, 2019

Resepi Caramel Jagung...



Resepi Caramel Jagung.

Caramelnya.

Bahan dan cara buat.

1 cawan gula dicairkan sehingga perang.
Selepas tu masukkan setengah cawan air.
Tunggu gula perang tu larut.
Tuang dalam bekas/loyang/acuan.
Ketepikan.

Bahan kukus.

1 tin jagung cap ayam.
1 tin susu cair.
5 biji telur.
2 sudu gula.
3 susu tepung kastard.
1 sudu besar esen vanilla.

Cara buat.

Blender semua bahan diatas. 
Biar sebati tetapi jagung jgn sampai hancur.
Tuangkan dalam bekas/loyang/acuan yg ada gula cair td.

Panaskan kukus.

Dan kukus adunan td selama 30minit.

Cucuk dgn lidi or tester.
Kalau tak melekat.
Dah masak lah tu.

Sejukkan dlm suhu bilik sehingga sejuk.

Selepas tu baru masuk peti ais.

Sedap dimakan ketika sejuk.

Sekian.

Ikhlas daripada Azizan Mamad.

Jika nak tempah.
Boleh buat tempahan di...

http://gulahangus.blogspot.com

Tq.

Sunday, April 14, 2019

Resepi Cincau Santan...


 Resepi Puding Cincau Santan.

Bahan2


18gram Serbuk Agar2.

6 cawan air

500ml Santan Kotak Kara, letak garam 1 sudu kecil.

1 ketul gula melaka

6 helai daun pandan

5 sudu besar gula

Cincau - potong dadu or memanjang. Ikut suka.


Cara membuatnya.


Masak air, serbuk agar2, daun pandan, gula, gula melaka sehingga gula melaka larut dan mendidih.

Gunakan api yg kecil.

Setelah masak, sila tapis ke dalam bekas yg lain.

Sejukkan dibawah kipas selama 7 minit.

Selepas itu, masukkan santan dan kacau sebati.

Masukkan cincau kedalam bekas.

Tuang adunan santan ke dlm bekas cincau td.

Sejukkan dlm suhu bilik.

Dah sejuk, masuk peti ais.

Dah beku boleh potong dan makan.


Ikhlas - Azizan Mamad aka jeBateja.


Monday, April 8, 2019

Resepi Puding Bandung Laicizz...




Kot nak try buat....

Ini resepi nya...

Resepi Puding Bandung Laicizz

Bahagian 1.
Bahan2.
1 tin Susu Bandung Brand Saji
5 cawan air
12 gram serbuk agar2
Pewarna merah ( pilihan - kalau nak buat tone warna. Tak payah pun takpe ).

Cara buat
Masak air 
dan serbuk agar2.
Dah mendidih, masuk kan susu. Kacau sebati.
Tutup api.
Kalau nak buat tone warna, asingkan 2 bekas.
Satu bekas biarkan warna asal.
Satu bekas lagi letak warna merah. Den guna warna sirap ros tu je.
Adunan ni kurang manis. Nak lebih manis letak le gula dlm 3 or 5 sudu besar. Kalau nak laaaa....
Beku kan.
Potong dadu.
Asingkan dlm bekas adunan puding.

Bahagian 2.
Bahan2.
1 liter air laici ( air kotak bosa tu. Tak kisah brand apa. Janji ada rasa Laici )
10 gram serbuk agar2.
Gula batu - Dua tiga ketui besar ibu jari kita, jangan ibu jari ketua kampung sebelah plak. ( pilihan - tak nak puding kita nampak berair sgt ). 

Cara buat.
Masak air laici, serbuk agar2 dan gula batu.
Bila mendidih.
Tutup api.
Sejukkan bawah kipas dlm 5 minit.
Lepas tu masukkan dlm adunan puding Bahagian 1 yg dah siap potong dadu.
Sejukkan dlm suhu bilik.
Lepas tu...masuk peti ais.

Sekian. Ikhlas. Azizan Mamad.

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin