Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Tuesday, March 31, 2020

Baja PSB...


Salam Tomodachi2...semlm aku membaja pokok2 besar aku. Guna baja PSB or PhotoSynthesis Bacteria. Korang leh search kat Google or Youtube cara buat nya.

Baja ni kalau korang nak taw. Bapak busuk ooo. Adehh Bapak2 jugak yg kena....Ahakz. Baja ni dah peram lebih 4 bulan. Sebab tu bau nya....pehhh....kena kat baju...ko bilas dekat 17 sungai....belum tentu hilang bau nya.

Asalnya aku buat tak berapa nak jadi. So adik aku bagi yg dia buat. Topup sket...terus jadi. Kiranya, aku buat dulu bacteria dia tak cukup power dan perlukan bacteria lain membantu.

Macam mana bacteria ni bekerja utk tumbesaran pokok....korang google lah erk. Aku nak citer pun tak pandai.

So yg bawah tu, belah KIRI daun pokok rambutan jiran aku. Aku dah cari/pilih yg paling besar kat pokok tu. Yg KANAN tu pulak....pokok rambutan aku punya daun. Tak taw lah ini normal or tidak. Jiran aku tegur, baru aku perasan daun pokok rambutan aku ni...beza benau...

So...sape2 rasa kurus sgt. Nak cepat besau....PM tepi. Aku buleh bg minum baja PSB aku ni. Cepat sket besau....Ahakz....

Actualy...aku tak guna semata2 baja PSB ni. Antara baja2 yg aku guna...

Baja Ajinomoto
Baja Organik - beli ( hitam cair )
Baja PSB
Baja Organik kedai RM2.10
Baja Hijau kedai RM2.10

Dan aku paling suka Baja Ajinomoto sebab senang nak buat....ahakz....

Monday, March 30, 2020

Beratur...


Hari ni misi cari sayur dan bahan kering kat Tesco. No barang basah. Tesco bukak 8am, 7.45am dah tercegat kat sini.

Nampaknya kali ni Tesco dah macam CS. Nak masuk beratur. Tepat 8am, berjujut berjalan sambil beratur ke tempat troli. Dah macam murid beratur masuk ke kelas plak rasanya.

Masuk kawasan area dlm tesco, sorang2 kena check suhu. Aku kena 2 kali. Bukan sebab aku demam...sebab yg nak ambil suhu tu, rendah sgt. So dia tembak ke dahi tak berapa nak kena.

Aku antara yg terawal. Ramai yg stuck di tempat masuk tu. Sebab x leh ramai dlm kawasan beli brg. Beberapa kali pengumuman tah...setiap pelanggan diberi masa 30 minit je.

Masa yg aku ambil, dari beratur luar tesco, pilih troli, check suhu dan pilih barang adalah 33minit. Dari beratur luar tesco taw....pilih brg maybe dlm 20minit.

Aku buat mcm mana....list yg aku ada. Aku dah mark siap2. Mana2 yg perlu timbang. Aku pergi situ dulu. Sebab timbang kalau ramai yg nak timbang brg jd lambat. Lepas tu baru lah aku gi area rack. Satu lg aku siap asing dah....hari ni no brg basah. So jimat masa lg. Nak timbang ayam n ikan pun ambil masa oooo. Baik ambil masa lain utk setel brg basah je.

Tapi kalut jugak td. Berlaku plak perkara memalukan. Aku ditegur Staf klinik Mediviron. Aku pakai mask pun dia kenal. Nampak tak...MASKULIN nya aku ni. Elok dia tegur...aku pun say " hi " je. Lepas tu blah gi bahagian susu.

Lepas bahagian susu....pergi lah area makanan kucing. Sekali staf tu dok cari troli dia. Ngupernya aku ambil troli dia laaa...LAHANAT sungguh perangai aku ni. Memalukan sungguh....nasib baik aku lalu balik bahagian tempat dia tu. Kalau aku terus ke kaunter...tak ke naya....Haru sungguh lah....kot Dr Hanie baca...aku minta maaf lah kat staf dia tu....Ahakz...

Balik...aku citer dgn wife....dia buleh plak bergolek2 gelak....sabar je lah....

Sunday, March 29, 2020

Pandan...


Pokok pandan aku, hidup dan membiak dgn jayanya. Semlm aku terpaksa clearkan sebahagian sebab aku takut jd sarang ular.

Nak guna semua daun ni...memang tidak lah. Aku ambil sebahagian...ikat2, letak dlm keta. Pagi ni...keta berbau harummmm oooo.....

Alhamdulillah, semua aku tanam, hidup dgn jaya nya. Orang maskulin kan...Ahakz. Cuma tanam orang je, aku tak taw boleh hidup dengan jaya atau tidak...Ahakz...

Saturday, March 28, 2020

Rosak...


Suis tingkap kereta, bahagian pilot rosak. Tingkap pilot terbuka tak leh tutup. Masak ko nak. 3 hari tutup plastik sampah.

Puncanya, masa naikkan tingkap secara auto. Belum habis process dah terus tutup enjin keta. Terus jem...

Nasib baik order dari Shopee, 3 hari dah sampai. Kalau tidak...masak lah bersarung sampah sokmo.

Untuk pengetahuan, Myvi lama...tingkapnya turun je auto iaitu sekali klik je ia turun. Tapi suis aku pakai dah evolusi...naik or turun - one klik shj...dia turun dan naik....Ahakz....

Friday, March 27, 2020

Merah...


Hari ke 10 PKP hari ni. Tak taw nak buat apa dah. Aku dah 3 kali bersihkan vacum aku ni. Dah nampak macam baru rasanya.

Busan lagi nanti....aku tukau SPORT RIM 15" plak nanti kat tayar dia tu...baru ada akai...Ahakz...

Thursday, March 26, 2020

Pelindung...


Ini lah persiapan aku bila keluar rumah untuk beli barang2 dirumah. Sebagai ketua family yg maskulin...planing n list barang is very important...

1. Mask
2. Sanitizer
3. Tisu anti kuman
4. Glove getah 2 pasang
5. Glove plastik 2 pasang

Tempat aku ada 2 pasaraya besar. Tesco & CS.

First, aku akan pergi ke Tesco. Tesco buka 8am. Aku cari barang2 kering. Dalam 15 minit aku dah siap pilih brg. Tesco ni, pagi2 kaunter bayaran buka sikit. So aku nak kena rebut waktu secepat yg boleh berada di kaunter bayaran. Siap...8.30am.

Lepas tu aku drive ke CS. Aku kena ada 8.45am di sana. Waktu2 Corona ni. Org ramai awal. Tepat 9am CS buka, aku terus ke kawasan basah. Lepas tu aku check list senarai brg kering yg tak terbeli di tesco td. Aku finalkan di CS ni.

Kaunter di CS banyak tapi orang pun ramai. Jadi kena cepat juga. CS juga buat sekatan orang yg masuk. Aku x taw berapa ramai yg menunggu di luar td. Panjang gak barisannya. Sebab itu, elok awal.

9.20am...aku dah siap bayar di Kaunter yg masa tu takde orang pun. Hanya 20minit. Campur dgn masa beli barang di Tesco td...15minit ( tak termasuk di kaunter - sebab buka 2 kaunter ). Total 35 minit.

Aku ambil masa 35 minit di 2 pasaraya untuk penuh kan satu bonet keta Myvi. Lajukan....? Orang MASKULIN...mmg macam tu....Ahakz...

Masa itu EMAS....

Monday, March 23, 2020

Popia Nestum...


Aduhhh...orang ngumah den ni. Dia pi buat Popia Nestum plak. Kang elok2 poghut den bosa kolah air kek ngumah jadi bosa kolah kek Masejid plak kang....Naya wehhh....Ahakz...

Sunday, March 22, 2020

Kedondong...


Pokok kedondong jiran den...dah lah pokok nya kecik. Berbuah macam tu je....pucuk pokok nya mana erk??...

Saturday, March 21, 2020

Lempeng...


Hari ke 3...Aku buat lempeng kelapa. Makan dengan sambal ikan bilis. Pehhhh....sodap bak hang.

Buat 4 cawan tepung dan sebiji kelapa parut. Buleh lah makan 4-6 orang...Ahakz...

Kalau ada air kopi lagi best oooo...Ahakz...

Esok nak buat apa plak ni...? Penin2...

Friday, March 20, 2020

Thursday, March 19, 2020

Roti...


Hari ke 2 cuti...pagi ni buat Hamlet. Patutnya guna daging cincang tp malas nak beli so guna baki burger shj, 3pcs.

Pehhh ada lagi 12 hari di dera buat sarapan...any idea lain....untuk sarapan? Yg mudah2 aaaaa....Ahakz....

Wednesday, March 18, 2020

Mee Goreng...


Aduhai...banyak berita di FB mengatakan ramai yg keluar dari daerah mereka semlm. Nampak gaya, maybe ada gelombang ke3 selepas 31/3 nanti.

Agaknya kena istihar betul2 Lockdown baru lah orang2 ni paham. Masa tu, tentera ambil alih. Baru ada akai....

Tak maw lah jd mcm Itali nanti...ermmm apa pun tak leh blah...

Harap2 masalah ni segera setel. Sebab 14 hari cuti ni....hari pertama dah kena buat mee goreng. Ermmm ada lagi 13 hari...kena dera buat sarapan....Ahakz...

Tuesday, March 17, 2020

Sehari Sebelum PKP...


Dengan ini...kami bertiga istiharkan, syarikat kami cuti 18/3~31/3/2020.

5 hari tolak cuti tahun.

5 hari syarikat tanggung.

Jadi kami cuti bergaji....Yehaaaa....

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin