Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Sunday, April 14, 2019

Resepi Cincau Santan...


 Resepi Puding Cincau Santan.

Bahan2


18gram Serbuk Agar2.

6 cawan air

500ml Santan Kotak Kara, letak garam 1 sudu kecil.

1 ketul gula melaka

6 helai daun pandan

5 sudu besar gula

Cincau - potong dadu or memanjang. Ikut suka.


Cara membuatnya.


Masak air, serbuk agar2, daun pandan, gula, gula melaka sehingga gula melaka larut dan mendidih.

Gunakan api yg kecil.

Setelah masak, sila tapis ke dalam bekas yg lain.

Sejukkan dibawah kipas selama 7 minit.

Selepas itu, masukkan santan dan kacau sebati.

Masukkan cincau kedalam bekas.

Tuang adunan santan ke dlm bekas cincau td.

Sejukkan dlm suhu bilik.

Dah sejuk, masuk peti ais.

Dah beku boleh potong dan makan.


Ikhlas - Azizan Mamad aka jeBateja.


Monday, April 8, 2019

Resepi Puding Bandung Laicizz...




Kot nak try buat....

Ini resepi nya...

Resepi Puding Bandung Laicizz

Bahagian 1.
Bahan2.
1 tin Susu Bandung Brand Saji
5 cawan air
12 gram serbuk agar2
Pewarna merah ( pilihan - kalau nak buat tone warna. Tak payah pun takpe ).

Cara buat
Masak air 
dan serbuk agar2.
Dah mendidih, masuk kan susu. Kacau sebati.
Tutup api.
Kalau nak buat tone warna, asingkan 2 bekas.
Satu bekas biarkan warna asal.
Satu bekas lagi letak warna merah. Den guna warna sirap ros tu je.
Adunan ni kurang manis. Nak lebih manis letak le gula dlm 3 or 5 sudu besar. Kalau nak laaaa....
Beku kan.
Potong dadu.
Asingkan dlm bekas adunan puding.

Bahagian 2.
Bahan2.
1 liter air laici ( air kotak bosa tu. Tak kisah brand apa. Janji ada rasa Laici )
10 gram serbuk agar2.
Gula batu - Dua tiga ketui besar ibu jari kita, jangan ibu jari ketua kampung sebelah plak. ( pilihan - tak nak puding kita nampak berair sgt ). 

Cara buat.
Masak air laici, serbuk agar2 dan gula batu.
Bila mendidih.
Tutup api.
Sejukkan bawah kipas dlm 5 minit.
Lepas tu masukkan dlm adunan puding Bahagian 1 yg dah siap potong dadu.
Sejukkan dlm suhu bilik.
Lepas tu...masuk peti ais.

Sekian. Ikhlas. Azizan Mamad.

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin