Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Sunday, April 14, 2019

Resepi Cincau Santan...


 Resepi Puding Cincau Santan.

Bahan2


18gram Serbuk Agar2.

6 cawan air

500ml Santan Kotak Kara, letak garam 1 sudu kecil.

1 ketul gula melaka

6 helai daun pandan

5 sudu besar gula

Cincau - potong dadu or memanjang. Ikut suka.


Cara membuatnya.


Masak air, serbuk agar2, daun pandan, gula, gula melaka sehingga gula melaka larut dan mendidih.

Gunakan api yg kecil.

Setelah masak, sila tapis ke dalam bekas yg lain.

Sejukkan dibawah kipas selama 7 minit.

Selepas itu, masukkan santan dan kacau sebati.

Masukkan cincau kedalam bekas.

Tuang adunan santan ke dlm bekas cincau td.

Sejukkan dlm suhu bilik.

Dah sejuk, masuk peti ais.

Dah beku boleh potong dan makan.


Ikhlas - Azizan Mamad aka jeBateja.


No comments:

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin