Kawan - Kawan jeBateja

Wednesday, May 13, 2009

Aku Jahat dan Kejam kah...?

Malam ni aku masuk keja lewat, aku ambil time sleep 2 jam. Bukan sebab aku sakit atau pun demam...tetapi terlampau sedih sebab malam ni aku rasa aku dah menjadi sebetul2 jahat dan kejam.
Malam ni aku telah membuang sekeluarga kucing, seekor ibu dan 4 ekor anaknyer yang berusia lebih kurang 2 bulan. Aku membuang nyer di Nilai 3. Sukar sungguh membuat keputusan ini, tetapi terpaksa aku buat. Sedihnyer bukan kepalang. Meleleh juga airmata jantan aku. Apa lagik wife aku.
Ibu kucing bernama LARA bukan lah kucing peliharaan ku. Ia sebenarnya kucing peliharaan adik ipar aku yg menetap di Klang. Ketika bunting Lara telah dibawa kerumah ku. Wife menjaga dengan baik seperti menjaga kucing kami Cicak.
Setelah Lara melahirkan 4 ekor anak dan membesar di rumah kami, aku mula berasa bersalah dengan jiran2. Anak2 kucing yang tengah membesar, membuang najis merata2 walaupun disediakan tempat pembentungan untuk mereka. Bau najis di halaman dan membuang najis diatas Motorsikal Jiran meyebabkan aku menjadi kurang sabar.
Aku sediakan kandang untuk mereka di belakang rumah namun Lara membawa anak2 nya ke halaman rumah dan kekadang tido di rumah jiran. Petang tadi wife mendengar jiran yang berada selang sebuah rumah bising pasal anak najis anak kucing bersepah dirumah nya. Aku mula berasa bersalah dengan jiran dan mengambil anak2 kucing bersama ibunya, Lara masukkan ke dalam kotak lepas tu aku masukkan kedalam bonet kereta. Aku bawak ke Nilai 3 dan lepaskan nya disana bersama kotak2 sekali.
Hanya ALLAH yang tahu betapa hiba nya hati aku membuat macam tu...dalam perjalanan pulang airmata aku mengalir....terasa sangat berdosa...wife aku terang-terangan menangis. Orang kata kucing pembawa rezeki...aku berasakan akan kehilangan rezeki nampaknyer selepas ini. Aku sudah betul2 menjadi JAHAT dan ditambah..aku ni KEJAM....

No comments:

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin