Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Saturday, May 16, 2009

Betul ke Tak Betul ni....




Aku ni betul ke tak ni...? Lebih kurang 4 ari yang lepas aku membuang sefamily kucing yang terdiri daripada 1 ibu kucing dan 4 ekor anaknya. ( klik SINI untuk baca post lepas ). Hampir setiap hari selepas itu aku melalui Nilai 3 untuk melihat tempat aku membuang sefamily kucing ini. Jiwa selalu tak tenang. Asalkan masuk Nilai 3 untuk membeli lauk di Pasar Borong ataupun membeli barangan keperluan membuat kek seperti telur khasnya...aku pasti akan melalui tempat aku buang sefamily kucing ini ( klik SINI untuk melihat gambar kotak selepas aku buang kucing2 ini ).
HARI NI..ketika melalui Nilai 3 untuk membeli keperluan dapur, aku terpikir untuk mencari kucing2 ni. Tiba2 aku terpandang sefamily kucing di bawah satu kereta. Selepas jenguk...sah kucing yang aku buang. Aku ambil salah sseekor anak kucing yang sangat lemah...tunjuk kat wife...wife teresak-esak nangis..tak sangka selepas 4 hari..kucing ni jadi sangat kurus...sedih tul melihatnyer. 
Lama kami termenung...lastnyer, keputusannya ambil semula anak2 kucing tersebut bersama ibunyer. Oleh kerana anak2 kucing lain berada dibawah kereta maka kesukaran untuk menangkap mmg mencabar. Aku di bantu oleh tuan punya kereta yang kebetulan tokeh di kedai sekitar Nilai 3. Lelaki cina tu n wifenyer..membantu menangkap kucing2 tersebut. 
Kami kekurangan seekor anak kucing. Aku tak tahu mana dia pergi. Entah hidup atau mati. Hanya tinggal 3 ekor anak kucing bersama ibunya. Maafkan aku.....
Tak tahu betul or tidak aku ni....lepas buang...pas tu ambil....jiwa manusia aku kini rasa lebih lega....n tenang....

No comments:

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin