Kawan - Kawan jeBateja

Saturday, June 26, 2010

Ramadhan March for Freedom...

Semalam, Jumaat 25hb Jun 2010...tempat aku bekerja ada ceramah yang disampaikan oleh seorang wakil MAPIM ( Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ). Ia lebih kepada menceritakan pengalaman seorang anggota MAPIM di Gaza dan projek bantuan seterusnya di jangka pada bulan Ogos 2010 nanti. Encik Mustaffar ini juga antara mereka yang terlibat atau ada ketika penghantaran bantuan ke Gaza yang mana kapal yang beliau naiki telah diserang komando Israel.


Ketika menyampaikan ceramah - betapa seksanya penduduk Palestine dengan sekatan oleh Israel hampeh tu...namun apa yang menarik ketika beliau berada diatas kapal Mavi Marmara ialah

1. Tak kira agama, bangsa, taraf pendidikan - semua dilayan sama.

2. Seorang remaja Kristian berusia 22 tahun megumpul wang sendiri untuk sama2 memberi bantuan ke Gaza. ( adehhh...malu wehhh....kita pun tak leh seberani ini untuk sedara2 kita disana...leka dek Mentor dan AF leee....)

3. Kebanyakkan NGO2...walaupun beragama Kristian, berhasrat...jika mereka mati, mereka mahu mayat mereka ditanam di Gaza....pehhhh....orang Kristian tu....

4. Semua orang dalam kapal itu tidak merokok kerana bencikan Israel...sebab rokok berasal dari sana. Kalau merokok pun guna rokok daun.

5. Ngo yang kaya- kaya membawa beratus2 USD. Tapi mereka sentiasa merendah diri.

6. Ngo Malaysia dan Indonesia di bantu oleh Duta Jordan ketika ditahan di Israel. Malaysia dan Indonesia tiada duta di Israel.

7. Penceramah mengatakan, pelepasan tahanan bukan disebabkan oleh tekanan antarabangsa tetapi amaran Turki untuk menyerang Israel dalam masa 24jam jika tahanan tidak dilepaskan. Turki juga memutuskan hubungan diplomatik, Perniagaan dan apa2 sahaja hubungan. SYABAS Turki...

8. Pak2 Arab yang berada di keliling negara tu....terutama Mesir....macam hampeh....tiada bantuan pun, Malah ketika ditahan duta Mesir di ISrael memarahi Ngo Mesir kerana meyusahkan duta tersebut. Pulakkkkk.....

Yang ni poster untuk bantuan ke Gaza pada bulan Ramadhan nanti. Mereka akan bergerak Ogos. Sape2 yang nak beri bantuan boleh lah meyumbang melalui Bank Islam. Kalau tak de duit...sampai2kan pesanan ni pun dapat pahala ooooo...

Bank Islam Akaun : 0801301007582
No contact : 014 324 9697
013 490 9498

Jika nak jadi sukarelawan ke Gaza pun buleh...sila dail juga nombor diatas...

Tetamu VIP...duduk tengah2 majlis...ahakz

Yang ni...VVIP....nak bergambar berdua je...

Antara yang hadir....

Selepas ceramah...ada jamuan ringan....

Penceramah tu bilang...ada Israel sebab ada rokok yang kita hisap...so kalau hisap rokok membantu Israel membina negaranya...adehhhhhh

Situasi kawasan merokok di tempat kerja aku...ketika sebelum ceramah....adehhhh....rokok tu ISrael...Israel tu Rokok...pehhh....leh ke nak berhenti ni...

2 comments:

HonEyBuNNy said...

ngeh3...so jgn la isap rokok..beli tudg..ehheh

jeBateja said...

hik...hik...cadangan di terima....ahakz

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin