Kawan - Kawan jeBateja

Monday, May 31, 2010

Wajib Baca, Wajib Tahu...

Majalah wajib aku baca setiap bulan, Majalah Tempur keluaran Mei 2010 ( Web Majalah Tempur ). Untuk bulan Mei ni isu penting bagi aku ialah pemilikan aset ketenteraan selepas DSA 2010 ( Defence Services Asia ). Pemilikan aset sebanyak RM10.4 billion...diantaranya ialah...

Pemilikan Pars 8x8 yang bernilai RM8 billion untuk 20 tahun. Ia termaktub membuat kereta perisai sebanyak 257 buah , servis dan alat ganti. Malaysia akan buat sendiri kereta perisai ini dan syarikat bertanggungjawap ialah DRB HICOM dan DEFTECH dengan rakan kongsinya firma FNSS dari Turki dan Denel Landsystems dari Afrika Selatan. Kereta perisai ini penting untuk mengantikan kereta perisai sekarang telah digunakan lebih 30 tahun...iaitu..

Kereta Perisai CONDOR

Kereta Perisai SIBMAS

Harapan...jika kita nak buat sesuatu kena buat dengan telus kalau tidak, jadi macam projek pembinaan kapal NGPV milik TLDM. Disebabkan ketidaktelusan maka kita rugi JUTAAN ringgit. Walaupun kapal tersebut kini telah pun siap namun ia lewat disiapkan itupun selepas bailout oleh kerajaan. Antara report PAC ( Jawatan Kuasa Kira2 Wang Awam )..

Pembinaan kapal-kapal berikutnya juga menghadapi pelbagai masalah. Pada pertengahan tahun 2007, satu laporan yang amat kritikal mengenai program tersebut telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam atau PAC. Jawatankuasa tersebut dibawah Datuk Shahrir Abdul Samad telah membuat kesimpulan bahawa program tersebut perlu dibatalkan segera kerana kelewatan dan kegagalan membekalkan kapal ronda generasi baru kepada TLDM bakal mempunyai kesan negatif kepada kemampuan TLDM untuk menjamin keselamatan kawasan maritim negara. Beliau dengan tegas menjelaskan bahawa kegagalan PSC-Naval Dockyard adalah ‘disebabkan sikap tamak pengurusan tertinggi syarikat tersebut’. Lebih mengecewakan pihak umum ialah didalam laporan menyebut, pada hujung tahun 2006, Kerajaan telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM4.26 Billion kepada kontraktor walaupun kerja yang baru disiapkan cuma bernilai RM2.87 Billion. PAC ‘merumuskan bahawa projek penswastaan limbungan dan kapal NGPV untuk TLDM oleh syarikat PSC-Naval Dockyard gagal.’ Kegagalan ini seakan mempunyai kesan yang teruk kepada Amin Shah dengan satu persatu firma yang dikaitkan dengan beliau mula mengalami perubahan yang menyaksikan kepentingannya diketepikan. Ini termasuklah dalam firma-firma seperti PSCI, Actacorp Holdings Bhd, Helmed Setron (Halifac Capital Bhd) serta Bolton. PSC- Naval Dockyard telah diberikan pengurusan dan nama baru, iaitu Boustead Naval Shipyard.

Baca lagi tentang kisah nya...KLIK SINI

Juga..perjanjian pemilikan 12 buah helikopter mengantikan NURI untuk TUDM ( Tentera Udara DiRaja Malaysia ). Model yang SAH di tempah ialah EC725 dari Eurocopter dengan kos RM1.6 billion.

Ini ialah NURI yang juga di gelar KERANDA TERBANG...kerana banyak meyebabkan kemalangan dan mengorbankan pahlawan2 negara.

6 comments:

ALYN_C3N1 said...

wah...minat ketenteraan nmpok...bagus2...

HonEyBuNNy said...

ala....buku pasal tudung xde eh??heheh

jeBateja said...

Ayah kita bekas TENTERA...3 RAMD...so anaknya pun minat gak...ahakz

jeBateja said...

HONEY...ada...ada...tapi pasal TUDUNG SAJI...wakakakaka

Herdoni Wahyono said...

Majalah 'Tempur' yang menarik sekali dan informatif. Kami yang di Indonesia juga suka membaca 'majalah militer' seperti ini. Kita menjadi tahu perkembangan teknologi militer di dunia, strategi dan kisah yang menarik di dunia militer.

jeBateja said...

Pak Herdoni...saya memang suka sebab ayah saya bekas militer...lagi satu, insan yang kurang pelajaran or tidak bijak seperti saya memerlukan sedikit bacaan yang berat or serius untuk lebih berpengetahuan...

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin