Kawan - Kawan jeBateja

Monday, May 31, 2010

Basuh SINKI...


Jika anda kerja dalam sektor automotif...sinki kotor dengan karat..adalah lumrah...itu biasa...sebab kerja dengan besi dan serpihannya...sinki yang dulunya putih...mudah berganti warna seperti di atas ni...


Dan...anda akan beruntung jika didalam kelompok anda mempunyai orang seperti jebateja ini yang sanggup berpeluh mencuci, membersih dan megilat area sinki...bukan mudah untuk jumpa orang macam ni ooo.....ahakz ( post ini untuk si jebateja masuk bakul angkat sendiri....)

Wajib Baca, Wajib Tahu...

Majalah wajib aku baca setiap bulan, Majalah Tempur keluaran Mei 2010 ( Web Majalah Tempur ). Untuk bulan Mei ni isu penting bagi aku ialah pemilikan aset ketenteraan selepas DSA 2010 ( Defence Services Asia ). Pemilikan aset sebanyak RM10.4 billion...diantaranya ialah...

Pemilikan Pars 8x8 yang bernilai RM8 billion untuk 20 tahun. Ia termaktub membuat kereta perisai sebanyak 257 buah , servis dan alat ganti. Malaysia akan buat sendiri kereta perisai ini dan syarikat bertanggungjawap ialah DRB HICOM dan DEFTECH dengan rakan kongsinya firma FNSS dari Turki dan Denel Landsystems dari Afrika Selatan. Kereta perisai ini penting untuk mengantikan kereta perisai sekarang telah digunakan lebih 30 tahun...iaitu..

Kereta Perisai CONDOR

Kereta Perisai SIBMAS

Harapan...jika kita nak buat sesuatu kena buat dengan telus kalau tidak, jadi macam projek pembinaan kapal NGPV milik TLDM. Disebabkan ketidaktelusan maka kita rugi JUTAAN ringgit. Walaupun kapal tersebut kini telah pun siap namun ia lewat disiapkan itupun selepas bailout oleh kerajaan. Antara report PAC ( Jawatan Kuasa Kira2 Wang Awam )..

Pembinaan kapal-kapal berikutnya juga menghadapi pelbagai masalah. Pada pertengahan tahun 2007, satu laporan yang amat kritikal mengenai program tersebut telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam atau PAC. Jawatankuasa tersebut dibawah Datuk Shahrir Abdul Samad telah membuat kesimpulan bahawa program tersebut perlu dibatalkan segera kerana kelewatan dan kegagalan membekalkan kapal ronda generasi baru kepada TLDM bakal mempunyai kesan negatif kepada kemampuan TLDM untuk menjamin keselamatan kawasan maritim negara. Beliau dengan tegas menjelaskan bahawa kegagalan PSC-Naval Dockyard adalah ‘disebabkan sikap tamak pengurusan tertinggi syarikat tersebut’. Lebih mengecewakan pihak umum ialah didalam laporan menyebut, pada hujung tahun 2006, Kerajaan telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM4.26 Billion kepada kontraktor walaupun kerja yang baru disiapkan cuma bernilai RM2.87 Billion. PAC ‘merumuskan bahawa projek penswastaan limbungan dan kapal NGPV untuk TLDM oleh syarikat PSC-Naval Dockyard gagal.’ Kegagalan ini seakan mempunyai kesan yang teruk kepada Amin Shah dengan satu persatu firma yang dikaitkan dengan beliau mula mengalami perubahan yang menyaksikan kepentingannya diketepikan. Ini termasuklah dalam firma-firma seperti PSCI, Actacorp Holdings Bhd, Helmed Setron (Halifac Capital Bhd) serta Bolton. PSC- Naval Dockyard telah diberikan pengurusan dan nama baru, iaitu Boustead Naval Shipyard.

Baca lagi tentang kisah nya...KLIK SINI

Juga..perjanjian pemilikan 12 buah helikopter mengantikan NURI untuk TUDM ( Tentera Udara DiRaja Malaysia ). Model yang SAH di tempah ialah EC725 dari Eurocopter dengan kos RM1.6 billion.

Ini ialah NURI yang juga di gelar KERANDA TERBANG...kerana banyak meyebabkan kemalangan dan mengorbankan pahlawan2 negara.

Sunday, May 30, 2010

Resepi Puding TrioRasa


Wokayz...ini ialah resepi puding TrioRasa...kalau rajin boleh try buat...Puding ni kalau masuk dalam mulut kita akan berasa 3 rasa...kalau tak rasa apa2 tu...may be ada sumtin wrong lah...ahakz. Apa pun selamat mencuba kepada yang nak mencuba...

Saturday, May 29, 2010

Tragedi Sadis...

Khamis...rehat petang jenguk kat kantin ternampak bubur kacang yang nampak macam sedap. Beli semangkuk dengan harga Rm1.00. Sah memang sedap rasanya apa lagi disertakan AIS...

Dalam proses nak makan...datang budak ni... makan sebelah aku...dia makan nasi sebab tengahari dia tak ambil lunch kot...kot laaa...

Sebab dia tak ambil air...bila tercekik dia ambil air aku berisi ais...tu lah...dah tahu nak makan...bawak le sekali air...kan dah pow akunya air...apa daaaa

Oleh sebab dia pow air aku...aku pow ayam goreng dia seketul...ayam goreng tu dipotong kecil2 so ada le 4 5 potong dalam pinggan nasi dia....

Baru sekali ngap...kabommmmm...ayam yang aku pow jatuh dalam bubur kacang beAIS aku....alahai...dah le mericik kena baju...tak de rezeki gamaknya...aku suspect budak yg aku pow ayamnya tak ikhlas laaa....iyer lah...mana nak ikhlas...dia pow air kosong aku...aku plak pow ayam goreng dia....adil ke....ahakz...bg aku....adil.....bubur aku tu...aku buang je...

Ceramah Agama...


JUMAAT...ceramah agama di kilang...ustaz jemputan Haji Riduan yang sangat suka memberi syarahan perihal Palestine. Pernah megikuti rombongan ke Palestine selepas diserang Israel...

Antara perkerja yang hadir...

Ustaz sedang memberi ceramah perihal palestine...dan perkara kaitan dengan kehidupan kita


Jualan amal untuk tabung Palestine...selain baju...banyak buku2 dijual...aku ada beli satu...tapi lom habis baca...ahakz


Friday, May 28, 2010

Wesak Day...

Wesak day...bukan lah hari cuti bagi kilang tempat aku kerja ni...cuti nya akan dibawa ke hari raya. Tiada penganut Buddha dalam kilang ni...jadi tidak mendatangkan masalah untuk kerja. Namun di tika pergi kerja dengan jalan yang LENGGANG...bayar TOL pun mudah...maka...rasa gak ralatnya...

Semua orang muka jadi POYO...hati tertanya...apsal kilang ni tak cuti...tapi seorang je still ceria...iaitu...:-

Ni hah...sangat suka bekerja 24jam...ahakz..

Thursday, May 27, 2010

Bodek...

Budak sengal (kiri ) yang melakukan xtvt membodek bos ( kanan ) sempena kenaikan gaji dan gred pada bulan Julai nanti. Bukan sahaja pilihanraya je ada xtvt membodek ni...tapi nak naik pangkat pun ada gak...ramai yang buat. Tapi budak sengal ni dengar khabar bos nak naik kan GRED dia...itu pun kalau tak kena PANGKAH oleh DEPARTMENT lain...kadang2...orang dalam DEPARTMENT sendiri pun pangkah jugak...nak buat macam ne..dah memang selera DAJAL...suka sangat nak menDAJALkan orang...orang macam ni bahya...kena selalu JAGA2...ahakz

Lunch

Nak lunch...dengan lauk telur dadar, sambal petai, pucuk paku dan sambal cicah. Adakah cukup untuk menyelerakan anda?...den memang selera tapi JARANG ambil lunch sebab takut OBESITI...ahakz...lagi2 tang petai tu...buleh aje SEMARAK kan tandas dengan WANGIAN yang HARUM nanti...pehhhh....Wangi ooooo...

Kerja Nan Semalam...

Semalamnya kerja...bz amat lah...BOS mintak tolong buat program di CMM ( Cordinate Measuring Machine ) untuk part baru Perodua. Rasanya aku tak boleh cerita pasal hal ini sebab ia RAHSIA syarikat ( agaknya lah...BONUS pun rahsia lagik bila nak kuar...) tapi ia dah banyak dibincangkan dalam forum2 secara terbuka. Antaranya KLIK SINI. ( Gambar sekadar hiasan )
Lepas tolong buat INSPECTION satu lagik PROJECT baru...tup..tup..terlajak sudah waktu rehat aku...sepatutnya rehat 1.15pm sampai 2.00pm. Patut le lain macam je perut. ( Sila abaikan bulu roma budak pemakai jam ini ) ( jam EHSAN tajaan syarikat....)

Seorang Team Projek sedang membuat persediaan membungkus part2 tersebut...

Oleh kerana semalam tak berapa sihat...rasanya nak balik awal,...tup...tup terpaksa tolong check part baru ni. Lotih lah aiiiii...

Kajang...

Kajang di waktu tengahari...kalau anda berhasrat memasuki Pekan Kajang di waktu TENGAHARI dengan menaiki kereta...lupa kan je lah...takut KENYANG makan asap je...sebab kalau time SEKOLAH dan KERJA...Kajang begitu sibuk...jem usah cakap lah...Gambo ni aku ambil depan Public Bank lepas bayar duit KERETA...tapi aku gi dengan MOTORSIKAL...ahakz

Wednesday, May 26, 2010

Latihan Industri...

POST ni sebenarnya untuk si MARDIHAH ( klik utk ke blog beliau ), kawan blog yang ada tanya pasal LI ( Latihan Industri ). Di tempat kerja aku ni ada lah 2 3 orang bebudak PRAKTIKAL tapi yang ni je lah yang sempat aku SNAP...itu pun mintak kebenaran TUAN PUNYA BADAN...sebab takut mereka tak selesa...al maklum depa ni RAMAI peminat kat sini...

Gambar pertama ni, namanya panjang tapi panggil NADIA je. Penuntut daripada USM, PENANG dalam jurusan SAINS MATERIAL ( err..betul ke NADIA...? ). Nadia sedang memeriksa KEKERASAN BESI ( sebut nama saintifik kang ada tak paham erkk..).

Gambar ke 2 ni...namanya AIN, nama sebenar tak tahu plak...penuntut dari Politeknik Shah Alam dalam jurusan MEKANIKAL AM ( kan AIN..). Ain masa gambar ni diambil tengah buat report last week....ahakz

Kalau PRAKTIKAL kat sini, DISIPLIN kena jaga...terutama KEDATANGAN...jangan kan DATANG or BALIK kerja...DATANG MEETING or KELUAR MASUK waktu REHAT pun kena JAGA...kalau tak...buruk lah REKOD hang...paling HARU kalau kena tegur...tapi kena FAHAM lah...dah namanya PRAKTIKAL...pandai2 lah PRAKTIKAL kan diri dengan SUASANA kerja.

Elaun..? Tak tahu lah aku boleh cerita atau tidak pasal elaun ni...nanti marah plak HR...tapi rasanya ada...bayar ikut harian...contoh ( contoh je...) sehari RM10...so kalau datang keja 26 hari...dapat lah rm260....

Pasal cara2 meminta buat LI...rasanya...mereka yang mahu MEMOHON...tahu cara2nya...sebab den tak taw...tanya si SUPER RAHMAN...macam susah je prosedurnya...ahakz

Sudah Ok...

Instrument bernilai ratusan ribu ringgit yang ROSAK tempoh hari...sudah pun di baik pulih...under WARANTY...so tukau Hard Disk FOC...

PC kat luar BILIK Sejuk Beku juga berjaya di REPAIR oleh Cik Manita....so leh le aku godek2 nanti....

Gossip...

Bila lelaki bergossip...tu lah dia...sampai naik atas meja ooooo...ke mereka ni ada hubungan yang sangat Istimewa....ahakz....

Racing Time...

Gambar ketika mahu pulang keja...nak ber RACING dengan budak sebolah nun...tapi dio takut...hik..hik...

MOTOR seorang STAR....AHAKZ

3 Dalam Satu...

Malas nak citer panjang...sebab puding ni pernah ada dalam POST2 terdahulu...kali ini wife suruh buat untuk di VIDEO kan cara membuatnya...

Ini keratan rentas PUDING TRIORASA

Wife siap potong untuk diberikan kepada anak buah aku...

Err....tak sampai 7 minit...err...korang tak simpan untuk aku ke oiiii

Tuesday, May 25, 2010

Meeting 2 Dalam 1...

Semalam bos panggil masuk MEETING...tak maw beritahu pasal apa...BOS suruh masuk je...den dengan baju kotor kena kuah LONTONG...terpaksa lah pegi...masuk2 je MEETING terasa lain macam je bilik tu....( bos pakai spek mata ketika mengarahkan ikut meeting belah kanan )

Kalau setakat ada CUSTOMER to...biasa arrr....tapi lain macam sebab dalam bilik meeting ada 2 meeting...ahakz....den yang datang KENDIAN ni...tak taw mana satu yang den kena FOLLOW...akhirnya psstttt kat BOS...bos tunjuk ke CUSTOMER tu...so tumpu pada CUSTOMER...

Ini plak MEETING lagik satu tu...ahakz...ada jugak kena megena...tapi my BOS ambil alih yang ni...so elok sangat lah ada 2 orang QUALITY kat dalam meeting tu...

Opppssss...ini pun orang Quality jugak...lupa plak...so ada 3 orang kualiti dalam meeting room tu...POWERZ ....

Kuah Lontong Nyer Hal...

Habis baju keja aku...buat malu je...habis satu KILANG tegur...paling kerap...macam budak2 makan...adehhhh...al kisah ketika rehat 10.30am semalam aku makan LONTONG...ketika nak suap LONTONG dalam mulut ada budak buat kelakar...aku gelak arrr... LANGSUNG jatuh kuah atas baju...pehhh...BALIK rumah...wife tenguk je...macam budak2 makan....sekali lagik ayat yang sama...adehhh

Monday, May 24, 2010

Pulang Kerja...

Pulang keja pagi semalam ( ahad pagi ) berhenti tepi lebuhraya kununnya nak ambil suasana pagi di lebuh raya yang tenang dan damai...tup tup LORI treler lalu...mak oiii..terkejut king kong dibuatnya...tempias angin nya..pehhh...bisa buat motorbike aku terpelanting o.o1mm..nasib baik bukan lori TAHI...ahakz

Ini gambo selepas LORI tu berlalu pegi...kalau perasan gambo lori tu ada masuk...kat hujung nun...HARI ahad...tenang aje lebuhraya di pagi hari....leh bersila or main layang2 bagai....ahakz

Ini gambo depan ghumah...kunci pagar den tak bawak...Handphone habih kredit...terpaksa nunggu wife bangun tido...jadi JAGA jap....JAGA pun JAGA lah....JAGA pun gaji dah naik ni...kojo KILANG jo tak naik...naik....lepas ni GAJI CLEANER plak kerajaan suruh NAIK...adehhhh....melalut sudah....ahakz

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin