Kawan - Kawan jeBateja

Pages

Sunday, June 19, 2011

Everything Happen Has A Good Reason...



Pada zaman dahulu ada seorang Raja yang sangat suka memburu. Ketika memburu ia ditemani oleh Perdana Menteri ( PM aka jeBateja) dan pengawal2 yang setia. Didalam rombongan buruan, Raja dan PM mempunyai kuda yang sangat kuat dan laju berbanding pengawal2 nya. Maka kerap kali ketika mengejar binatang buruan, Raja dan PM meninggalkan pengawal2 nya dibelakang.


Pada suatu hari, selepas memburu. Raja teringin mengasah parang yang digunakan untuk memburu. Ketika mengasah parang tersebut, tiba2 parang itu terjatuh ke ibu jari kakinya maka putus lah ibu jari kaki Raja tersebut. Sakitnya usah lah diciter. Maka gemparlah seluruh istana pada masa itu. Ketika keadaan tenang, dalam keadaan sakit Raja memanggil semua memanda mentarinya termasuklah PM aka jebateja yg maskulin. Raja bertanya kepada memanda menterinya, apa kah tanda kejadian yang berlaku ini. Tiada seorang pun memanda menteri dapat memberi pendapat. Raja sangat murka, beliau bertanya kepada PM dan dalam terpaksa PM pun menjawap - Everything Happen Has A Good Reason Tuanku.


Mendengar jawapan PM lagi lah murka si Raja. Raja terus mengarahkan pengawal menangkap PM dan penjarakan PM. Terkedu memanda menteri yang lain.


Setelah sepurnama berlalu, luka kehilangan ibu jari kaki Raja telah pulih sepenuhnya. Oleh kerana teramat bosan akan kehidupan didalam istana maka Raja memutuskan untuk pergi memburu sambil ditemani pengawal2 nya yang kureng sket hensem daripada jebateja...ahakz. Ketika dihutan, Raja tersebut ternampak binatang buruan, lalu mengejarnya. Oleh kerana kuda si Raja terlebih power maka dia telah meninggalkan pengawal2 nya.


Akhirnya, Raja telah sesat di tengah belantara yang tebal. Pengawal2 nya pula kehilangan jejak Raja dan puas mencarinya. Tiba2, Si Raja ditahan oleh kaum yang pelik dan mereka adalah penghuni hutan tersebut. Mereka mengikat Raja tersebut dan mengantungkan Raja seperti mahu memanggang Raja tersebut ( BBQ kot ). Raja sangat takut dan gementar, menyesal tidak terkira kerana pergi memburu pada hari tersebut.


Ketika Ketua kaum tersebut mahu menyalakan api, tiba2 Ketua itu memandang dari hujung rambut ke hujung kaki. Api dipadamkan dan ketua itu berbisik dengan kumpulan nya. Ikatan Raja dibuka dan beliau dilepaskan ditempat dimana dia ditahan. Tidak berapa lama kemudian, Raja di temui oleh pengawal2nya dan Raja yang masih terkejut dibawa pulang.


Di istana, Raja memanggil semua memanda menterinya kecuali PM aka jebateja yang maskulin kerna PM di penjara. Raja bertanya kepada memanda menteri baginda, kenapa kaum tersebut tidak mahu memakan baginda. Tidak seorang pun memanda beliau dapat menjawap. Setelah beberapa ketika seorang menteri mencadangkan agar Raja memperkenan PM masuk mengadap agar beliau dapat memberi buah fikiran. Raja memperkenankan.


Setelah PM masuk mengadap dan diciterkan apa yg menjadi kemuskilan maka PM aka jebateja yg maskulin pun berkata...Everything Happen Has A Good Reason Tuanku...kaum yg Tuanku jumpa adalah kaum yang memakan daging manusia. Namun didalam kes Tuanku, kaum tersebut tidak memakan Tuanku kerana Tuanku tidak cukup sifatnya. Tuanku sudah kehilangan Ibu Jari Kaki Tuanku. Kepercayaan kaum ini Tuanku. Jika mereka memakan sesuatu yang tidak cukup sifatnya maka mereka khuatiri akan menglahirkan zuriat2 yang juga tidak cukup sifatnya Tuanku...


Terpana si Raja tersebut. Ada benarnya kata si PM aka jebateja ini. Raja memohon maaf kepada PM kerna memenjara PM disebabkan kata2 PM dahulu. Raja tidak sangka kemudaratan dulu membawa kebaikan kpd beliau dikemudian hari.


Selepas Raja berbicara, PM aka jebateja yang maskulin pun berkata...Everything Happen Has A Good Reason Tuanku...andai patik tidak dipenjarakan Tuanku dahulu mungkin kini patik sudah tidak ada di dunia ini Tuanku. Kerna dengan kesempurnaan anggota badan yang patik ada sudah tentu patik telah selamat menjadi santapan kaum tersebut Tuanku...Everything Happen Has A Good Reason Tuanku....


Sekali lagi Si Raja terpana...betul jugak....ahakz...Sekian.....Babai....


** Cerita diambil ketika jebateja pergi kursus anjuran syarikat di Awana Genting pada tahun 1997. 2 hari selepas itu jebateja telah eksiden dan terpaksa bercuti selama 8 bulan, kaki patah 8 dan tidak beraya selama 8 kali raya termasuk Deeapavali, Krismas dan lain2...Everything Happen Has A Good Reason....Ahakz..

14 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

jebat..

betul ka kisah neh??

patah 8 kaki?

NzA said...

ooooooooooooooooooo...si raja tu kiranya si jebatlah nie..ttp kenapa raja tu cuma putus ibu jari kaki jerrrr sdgkan jebat patah kaki 8 kerat!!!!!!musykil..

Dinas Aldi said...

everything happen has a good reason, betoi tuuuu, cek setujuuuuu!

anumuchan said...

aa kena eksiden cmne tu..smp 8 bulan cuti..mcm teruk sgt je..isk2

Ati Masrif said...

hebat orang dulu2
boleh cakap mat saleh...hehe

tapi cite eksiden tu ...
kisah benar..???

Bunga said...

emmm..nape aku cam xdapat nak pk ni..betul ke>>>

jeBateja said...

HONEY - yup...betui...patah lapan....jgn2 cuba2 nak try erk...ahakz

jeBateja said...

NZA - jebat Perdana Menteri....ahakz

jeBateja said...

DINAS - ahakz....bagus2....jom cek belanja cendol

jeBateja said...

PUAN JEPUN - ha ah...memang teruk...nak rasa ke...?

jeBateja said...

ATI - kisah di olah...ahakz...yup...itu kisah benar....ahakz

jeBateja said...

BUNGA - apa yg betui.....semua betui maaaa

zati embong said...

terkenang kisah dulu.semua yg berlaku ada hikmahnya.

jeBateja said...

yup zati....ada sesuatu disebalik sesuatu....ahakz

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin