Kawan - Kawan jeBateja

Friday, December 31, 2010

Caramel Jagung & Kukus Baru...

Caramel jagung...made by jebateja sibudak jahat...
sebenarnya malas nak buat caramel ni...
Tapi oleh kerna ada alat kukus baru...
Maka semangat tu lain sket....ahakz...

Ini lah kukus tu...
Lebih kepada tujuan bisnes...
Dan menelempias hobi ku...ahakz

Ikan Pekasam Perak Mari...

Suka makan ikan pekasam...?
Aku tak suka...sebab tak suka baunya...
Tapi sebab wife suka maka aku belikan jugak ( mana nak dpt asben yg baik mcm ni kan )

Ikan ni anak buah yang bawak dari Perak...
From Taiping...

Sebab aku bukan peminat tegar ikan pekasam maka...
Aku tak taw nama ikan yg digunakan...
Moga wife suka akan ikan ini...ahakz

Thursday, December 30, 2010

Helikopter Gempur...

Agusta A 109

Adakah Malaysia mempunyai helikopter pengempur? Helikopter diatas, bolehkah digunakan sebagai helikopter pengempur. Kalau korang tenguk gambar2 Helikopter Pengempur dibawah...korang tahu lah sama ada Helikopter diatas boleh atau tidak di klassifikasikan sebagai Pengempur atau tidak.
Pentingnya Helikopter Pengempur adalah untuk memusnahkan perisai musuh yang kebanyakkannya berada didarat. Keupayaan memusnahkan segerombolan kereta kebal, infantri, insfrastrutur musuh adalah satu bonus dalam peperangan. Oleh itu, diharapkan Malaysia akan mempunyai Helikopter Pengempur pada suatu hari nanti. Seperti Singapore yang mempunyai AH-64 Apache yang terkini.

ROOIVOLK ( Afrika Selatan )

AH-1 COBRA ( AS )

EUROCOPTER TIGER 665 ( Perancis )

AH - 64 APACHE ( AS )

T - 129 ATAK AGUSTA ( Itali )

KA - 50 ( Rusia )



Tuesday, December 28, 2010

Bijih Besi...

Now aku kena baik2 dengan WIFE...
Family dia sedang buat permohonan melombong bijih besi di tanah mereka...
Tanah seluas 168 hektar di Sg Jejabi berdekatan dengan Merapoh, Kuala Lipis, Pahang...
Tak sangka kat situ ada banyak bijih besi...
Tak pernah tenguk secara langsung cuma aku dah search kat pakcik google...
Emmm...kalau wife aku dapat habuannya nanti...dia pas kat aku Inspira satu dah laaa...
Tak pun...Orang Rumah lagik satu....ahakz....
Jangan memain....dapat PAYUNG EMAS kat Syurga nanti...
Ahakz..sekali lagik...


Monday, December 27, 2010

Jambunya...

Jambunya jambu air ni erk...
Lama tak makan...
So bila balik kampung den di Felda Palong 13...
Kebetulan berbuah plak...
Maka den belasah jerk aaaa...

Pokoknya kecil jerk...
Berada disudut kiri depan rumah...

Oleh kerana si JEBAT tak taw nak manjat...
Maka jambu2 diatas tu terselamat...
Makan jambu sambil2...
Tenguk awekz di kampung yang tak kurang JAMBU nya...ahakz

Pemenang Teka Duit...

Okay...dengan ini diumumkan pemenang teka duit...
Hadiah berupa Kek Gula Hangus yang akan di pos ke Rumah Pemenang...
Semuanya bernilai rm40.00
Pemenangnya ialah

Kak Sha sudah pun dihubungi untuk Alamat
Terima Kasih kepada yang menyertainya...

Kepada Kak Sha...Taniah erk....ahakz

Friday, December 24, 2010

Teka & Kek Gula Hangus Percuma ( LAST CALL )...

LAST POST...

Korang nak RASA Kek Gula Hangus Percuma...
Korang TEKA berapa jumlah duit 5 sen kat dalam botol di atas...
kalau TEPAT atau HAMPIR tepat...
Kek Gula Hangus di bawah aku kasi korang percuma ( RM 27 nilainya )...
Kek ni di taja oleh jebateja.blogspot.com
kalau perlukan POS LAJU...My Wife (http://gulahangus.blogspot.com) akan TAJA...nilai pos laju RM 13...
so kalau korang menang dan aku pos...nilainya RM 40...( semenanjung aje..)
Ok...menarik? baca syarat2 nya yea....

Syarat2 dan ciri2 peraduan:-
  • Kek Gula Hangus ini seberat lebih kurang 2kg.
  • Hanya FOLLOWER blog ini sahaja yang boleh menyertai.
  • Hanya ada SEORANG pemenang sahaja dalam PERADUAN ini
  • Jika TIADA yg tepat, maka hampir tepat diambil kira
  • keputusan kami adalah muktamad..tiada surat meyurat..
  • Korang teka dan email ke jebateja@gmail.com
  • Letakkan TAJUK email TEKA DUIT
  • Dalam email letak nilai TEKAAN anda dan nama BLOG anda.
  • 1 orang...1 tekaan sahaja.
  • Kek dihantar ke Semenanjung Malaysia sahaja.
  • Maknanya kalau korang duduk luar semenanjung dan menang...kena le pas ke alamat dalam semenanjung.
  • Tarikh akhir peraduan ialah 24hb Disember 2010
  • Oleh kerana aku pun tak taw nilai duit dalam tu...25hb Disember baru aku kira sama2 dgn SANTA ( bayar dia overtime )
  • Yang paling PENTING...dengan menyertai peraduan ni dan korang menang maka korang BERSETUJU memberi nama penuh, alamat penuh dan no telefon sebab kalau nak POS LAJU kena ada semua tu...segala maklumat ini TIDAK akan di DEDAH kan...
  • Ok...cukup tak..? Ke ada syarat2 lain yg lepas pandang...almaklum...pertama kali buat.
SELAMAT MENEKA...

Thursday, December 23, 2010

Sup Urat Keting With Proton...


Lunch dengan Proton...
Sedap gak...
Sebab FREE... Ahakz..
Kalau ada kerja2 KHAS...
Memang aku dapat MAkAN kat luar dengan CUSTOMER
Tapi2 kadang2 jerk depa jemput sekali...
Biasanya BOS2 Besau jerk...

Sarapan Lewat...

Ini sarapan den pagi tadi...
Oleh kerana lambat keluar rehat...
Semua makanan pagi kat kantin abis...
So terpaksa makan makanan berat...
Lantak laaa...
Aku lampau....

Now nak kuar rehat di luar waktu rehat kena pakai pas...
takut disalah anggap oleh depatment lain aku ni ngular...
Tenguk kat catatan tu...ahakz....TUGAS2 KHAS tu....ahakz

Merenung Batu...

Apa keja merenung batu tu...?
Tak de keja ke budak ni...?
Tebiat ke apa...?
Budak tu sedang merenung alat aligment meja batu tu...
meja tu baru di alih kan
Selepas di ali kerna aligment balik
Sebab meja inspection dari batu granite tu perlu sama rata...
Jika tidak...buat inspection...tidak le tepat...

Wednesday, December 22, 2010

Di Dera...

Korang nampak apa yg sedang ditunjuk oleh anak buah aku ni...?
Tu hah...kesan cubitan di lengan...
Sebab apa kena cena cubit?
Sebab meganggu orang buat kerja...
Sape yang dia ganggu..?
Si Jebat yang dia ganggu...
Siapa yang cubit dia...?
Si Jebat lah yang mencubit dia...
Padan muka...ahakz...

Zoom sket...
Ahakz...
Menarik sungguh kesannya...

Antara 3 Harta Berharga Di Dunia...


Aku baru balik belajar pasal emas...
Di dunia ni 3 harta yang berharga ialah, EMAS, Tanah dan Rumah...
Di antara 3 diatas...hanya 2 je yg betul2 berharga...
Iaitu...
Emas dan Tanah...kenapa..?
EMAS - Dengan kenaikan purata 37% setahun daripada tahun 2001 sehingga 2010 maka EMAS tergolong HARTA yang menguntungkan jika memilikinya.

TANAH - Sama ada anda tanam atau tidak sesuatu di tanah anda...NILAI nya tetap naik. Apa lagi ia berada di pusat EKONOMI sesuatu tempat. Anda biarkan HARIMAU berada dlm hidup MEWAh dalam tanah anda...ia tetap bernilai.

Cuma RUMAH...
Harta yang tetap bernilai...
Tetapi anda terpaksa menanggung KOS
Kos paip pecah...
Kos rumah rosak
Cat Megecat...
Tetapi ia tetap meguntung kan...ahakz

itu salah satu yg cikgu den ajau....

( Gambar : Emas 50gram PAMP )
Kan best kalau aku ada...

Tuesday, December 21, 2010

Free Lagik...

Dah den khobar...
Nak makan free...
Jadi anak buah den...
Pagi tadi den bawak Kek Pelangi...
Sebekas kek den bawak...
Makan le nak makan banyak mana...

Den mintak budak ni jadi MODEL...
Dia tak kisah...
Sambil NGAP Kek Pelangi...
Den ambil gambar...
Nak tahu tak...?
Budak ni lah yang menjadi pelakon utama dalam tajuk post KITAR SEMULA tu....ahakz

Bersepah...

Hangin betui aku dengan budak sorang ni...
Buat kerja, satu meja jadi milik kekal dia...
Sampai orang lain tak dapat nak guna meja...
Last sekali...aku tulis macam kat atas tu...
Lawa tak tulisan aku..?

Dari sudut atas...Penuh semeja...

Orang lain keilangan hak atas meja tu...

Ini lah tuannya...
Si MOON ( bukan nama sebenar )

Isnin Yang Putih...

Isnin yang Putih...
Bos2 diwajibkan memakai Baju Putih...
Hari2 lain depa pakai baju sama dengan bebudak ni...
Kelabu...

Orang bawahan...tarak baju putih...
Kerja di kilang machining...
Penuh dengan minyak...
So memang tak sesuai...
Yang sesuai...
Cukup bukan ambil gaji...
Ahakz

Monday, December 20, 2010

Kitar Semula...

Ini budak aaa...
Suka sangat kumpul tin minuman...
Di longgok nya bawah sinki...
Semalam aku sound...
Kalau dia tak maw clearkan...
Aku akan clearkan...
Lastnya...
Dia clearkan...

Uik....nak buat apa susun2 tin macam tu... ?

Lahh...nak KEMEK kan ngupernya...
Bagus gak idea...
Sampai terpelanting Tin2 yg disusun tu...
Tin ni sekarang sekilo rm3.80...
Dari sumber yg buleh dipercayai...
Ahakz

Manis Masa Bercinta...

Anak buah aku ni sedang ANGAU...
Asyik bergayut jerk...
Memang sedang di lamun cinta laa...

Jangan sampai ganggu kerja sudah...
Setakat ni ok...
Takut bila bergaduh nanti, mula lah muka KELAT...
Emm..tetiba teringat lagu si HAIDA tu...
Manis Masa Bercinta...
LIRIKnya...

Manis Masa Bercinta

Manis masa bercinta
Tutur dan kata
Bahasa tersusun indah
Jalan berpimpin tangan

Makan bersuap sabarnya
Lembut dan mesra sentiasa
Hujan membasahi teriknya suria
Sanggup dihadapi berdua

Manis masa bercinta
Biar bersusah payah tidak mengapa
Gunung-ganang nan tinggi lurah berduri
Lautan ombak berapi rela tempuhi

Sesaat tak bersua bagai berabad tidak berjumpa
Rindu merasuk diri kesetengah mati
Buruk dimata orang pada matamu indah belaka
Tiada walau sekuman cacat cela

Jikalau bercinta biar berpanjangan
Usah sehabis madu sepahnya dibuang
Usah berlalu waktu engkau berpaling pandang
Moga keanak cucu berkasih-kasihan
Cinta yang begitu diberkati Tuhan

Saturday, December 18, 2010

Makan Time...


Ini gambar 2 hari lepas...
Jebat bawak kek gula hangus...
Jebat bawak puding rich coklat...
Jebat bawak agar2 nangka...
Untuk anak buah...
Suka betul depa...

Zoom sket....

Selepas 7 minit...
Berminat makan free macam ni...?
Jadi le anak buah si JEBAT....
Ahakz...

Friday, December 17, 2010

Dia Pergi Jua...

Izwan...aku panggil dia Izwan Pilus...
Antara anak buah terbaik yang aku aku ada...
Izwan akan melanjutkan pelajaran...
So terpaksa berhenti kerja...
Semoga dia berjaya ...

Ini je Izwan bwk ketika datang semalam...
Kedekut....AHAKZ

Tukang Hantar...

Nasib baik Myvi aku leh bukak seat belakang...
Jadi mcm van...
So..petang semalam aku jadi tukang hantar kek...
Ke Masjid Kuis...

Masjid Kuis ada xtvt berbuka puasa...
So aku hantar kek n puding ke SIAK masjid...
Kek n Puding di tempah oleh Individu tertentu...
Untuk jamuan buka puasa...
Wife aku juga ada sponsor Kek Pelangi...
Aku plak...turun kan harga Puding Rich Coklat...
Sama2 menderma...sama2 berasa...

Masjid Kuis dari dalam kereta...
Hujan...
Satu Rahmat...

Post yang lain...

Blog Widget by LinkWithin